Pages

Wednesday, May 18, 2016

TIPS BAIK PULIH DIY SPEAKER LAPTOP NETBOOK PECAH REPUT TERKOYAK

MASALAH

Masalah Speaker Laptop pecah, koyak atau reput biasa terjadi pada mana-mana Laptop tak kira apa Brand sekalipun.


Biasanya, masalah Speaker koyak ni jika korang selalu set sound speaker korang pada maximum volume (kalau sound slow, memang selau set ke maximum).

Selain itu juga material speaker juga menjadi penyebab masalah kerana biasanya material yang digunakan adalah jenis kertas. Kertas Kon speaker ini akan reput, terkoyak atau berlubang bila laptop sudah berusia.Kadang-kadang serangga (contohnya semut halus) juga menjadi penyebab speaker berlubang.


Cara biasa untuk baiki masalah speaker ini, biasanya adalah mengantikan dengan yang baru atau used.Dan cara penggantian speker ini biasa membabitkan kos antara rm50-rm150 bergantung pada model, penjual atau spaeker tu baru atau secondhand.


Jika model laptop adalah jenis yang susah diperolehi, harganya mungkin melebihi harga angggaran yang aku sebutkan tadi


Jadi boleh ke speaker yang rosak pada Kon dibaiki?.



SOLUTION
Speaker yang rosak Kon masih boleh dibaiki sekiranya kertas kon masih ada pada speaker tu (walaupun dah pecak, koyak)
Laptop ACER ASPIRE 4520 ni rosak speakernya, kertas Kon speaker telah koyak disebabkan reput.Jadi aku cuba baiki masalah spaeker ni.

Bahan-bahan yang perlu ada untuk baiki Kon Diaphragm Speaker adalah:
  1. Black Silicone Sealant - RM10.00
  2. Berus Lukisan - RM1.00 - 3.00


Masalah speaker pecah pada laptop telah tiada.Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959


LINK:
:Blown Speaker

Related Posts by Categories

0 comments:

Post a Comment