Pages

Sunday, May 22, 2016

KERJA KERJA PEMBAIKAN LAPTOP FEB MARCH 2010

10 March 2010

Bulan akhir bulan Februari ke awal March adalah bulan yang agak sebuk untuk aku.agak banyak jugak laptop yang mengalami kerosakan diterima.Ada yang dapat direpair dan ada yang tak dapat diperbaiki(masalah pada spareparts).Tu yang tak dapat nak update blog.Kena balik kampung pulak

NEC VERSA

Laptop ni tak dapat hidup.Bila tekan start button LED dia menyala sekejap, tapi lepas tu terus padam.Aku check adapter battery charger dan didapati power ke laptop adalah yang sepatutnya.Try check ram,ok.Jadi conclusion masah ni adalah berlaku di motherboard laptop tersebut.Jadi laptop kena bukak.Masalah selesai bila motherboard telah direpair.

ACER ASPIRE 4590G

Laptop telah terhempas.Jadi keadaan dia agak teruk dengan keyboard pad serta DVD multiburner bengkok.Lcd laptop juga mengalami masalah, screen berkelip-kelip.Jadi solution dia, aku ketuk keyboard pad balik sampai keadaan dia jadi 90% asal.DVD cover aku tukar dengan cover Cdrom yang dah rosak.Lcd laptop aku resseting riben kabel ke connectornya.Masalah selesai

FTEC

Laptop ni tak dapat hidup.Asik bunyi buzzer dari laptop je bila tekan start button.Jadi aku servis ram dia.Masalah selesai.Laptop kena format balik sebab dah kena virus

ACER FERRARI 1000

Laptop tak jumpa hardisk, jadi windows problem untuk start.Hardisk dia ada bila check kat bios system setting.Aku keluar kan hardisk laptop,buat external hardisk dan check di PC.Hardisk didapati corrupt dan semua data tak bleh acces.Jadi aku recover balik data-data custemer, backup di hardisk baru.Masukkan hardisk baru ke laptop dan format OS baru.Ada masalah lain nak format laptop model ni kena ada external cdrom baru boleh format.Masalah selesai

HP TX1000 TOUCH SCREEN

Laptop ni tak boleh hidup.Bila on je startup button Led laptop menyala sekejap, lepastu terus padam.Chipset GPU laptop ni adalah dari nvidia dan Cpu dari AMD.Laptop ni masalah dia sama dengan Acer Aspire 4520,Compaq V3000,Hp dv2000 yang pernah aku repair.Masalah kat chipset GPU nvidia, jadi casing laptop kena buka.Repair GPU chipset motherboard Laptop.Masalah selesai.

Bersambung............banyak lagi aku repair dalam 2 bulan ni, jadi tak sempat nak masuk semua,nanti ada masa aku update blog lagi.Kalau sapa-sapa yang terjumpa blog aku ni silalah bagi komen ye.KEPADA ANDA YANG MENGALAMI MASALAH LAPTOP ATAU COMPUTER BOLEH HUBUNGI SAYA DI NO 012-2411959.JIKA ADA MASALAH COMPUTER SILA CALL SAYA JANGAN SMS.SUSAHLA NAK JAWAB SMS

DELL XPS M1330

Masalah Laptop : Blank Screen Problem(laptop led menyala screen tak keluar apa-apa)

C0MPAQ C700

Masalah Laptop : Restart bila nak format baru, hang, kadang- kadang tak boleh start on

ACER ASPIRE 2920

Masalah Laptop : Blank Screen Problem(laptop led menyala screen tak keluar apa-apa sound buzzer tiada)

Related Posts by Categories

0 comments:

Post a Comment