Pages

Tuesday, November 15, 2016

BAIKPULIH HP DX2700 MICRO TOWER SISTEM BIOS ROSAK

MASALAH
Masalah PC HP DX2700 MICRO TOWER ini boleh Power-On.Tapi blank screen tanpa ada POST (Power-On Self Test) BIOS yang keluar.
HP DX2700 MICRO TOWER (Production Date : 2007)
Specification:
  • Intel Core 2 Duo 2.4GHz
  • 1GB 533MHz DDR2 RAM (2 x 512MB config)
  • 80GB 5400RPM HD
  • Integrated graphics (Intel Media Accelerator 950)
  • DVD+RW
Info dari owner, mengatakan, masalah terjadi apabila dia cuba flash upgrade sistem BIOS untuk PC ini kerana katanya, PC ada masalah. Semasa kerja upgrade BIOS dilakukan, pc telah Hang dan dia Power-Off  sumber bekalan kuasa PC ini. Dan selepas kejadian, PC mengalami masalah blankscreen.


SOLUTION
Biasanya untuk masalah BIOS rosak, hanya cara Flash atau program balik  IC BIOS secara manual menggunakan   EEPROM Programmer  yang boleh menyelesaikan masalah blankscreen pada PC ini.
  

Tapi, selepas aku program balik BIOS motherboard PC HP DX2700 MICRO TOWER, PC dah boleh POST tapi, hang dan video gambar lambang HP masa PC POST, jadi pecah (artifek).

Jadi aku terpaksa menukar ic BIOS baru untuk selesaikan masalah PC ini kerana ic BIOS lama dah rosak.

Masalah PC berjaya diselesaikan dan berada dalam keadaan baik.Heatsink dan Kipas juga telah diservis dan dicuci.


Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.



Related Posts by Categories

0 comments:

Post a Comment