Dan akibat dari bios corrupt, simtom adalah Laptop boleh Power-On tetapi tidak keluar video (black/blank screen) dengan led power dan wifi tetap menyala, dan ada juga simptom led caps lock dan numlock blinking atau Laptop tak boleh Power-On lansung tapi power led indikator menyala serta bateri charging .
Korang jangan panik dulu, untuk post kali ini, aku nak bagi tips cara recovery bios untuk Laptop HP dan Compaq.
- Download BIOS yang terkini di website HP-Compaq. Pastikan BIOS adalah untuk Laptop yang sama model, contohnya untuk laptop CQ40-717TU, korang mesti download BIOS CQ40-717TU. Dan perlu difahami CQ40-717TU tidak sama dengan CQ40-717TX. Ini kerana kadang-kadang sesetengah model laptop, motherboardnya ada guna Intel dan ada yang guna AMD.
Sila download file yang bertajuk "WinFlash for HP Notebook System BIOS - Microsoft Windows-Based"
- Cari Pendrive kosong, kapasiti pendrive boleh juga sebesar 128mb- 2Gb dan jenama tidak kira samada Kingston, Sandisk atau brand lain. Ingat kosongkan dulu pendrive korang kerana pendrive ini biasanya perlu diformat terlebih dahulu untuk mengelakkan file virus atau file lain yang boleh mengangu kerja recovery.
- Extract file BIOS yang telah didownload, file ini adalah file .exe dengan menggunakan software WinRar atau 7ZIP.
- Cari file .FD contohnya 30F7F04.FD, file ini perlu diubah, contohnya untuk 4 huruf pertama iaitu 30F7 kemudian tambahkan . BIN sehingga menjadi 30F7.BIN
- Jadikan file 30F7F04.FD menjadi 30F7.BIN, kemudian save file 30F7.BIN itu di Pendrive.
CONTOH
????F??.FD
| || ||_|_____ EFI BIOS file
| ||_|________ Version number
|__|___________ Model specific
Korang kena rename dulu file ini ke .bin dan .rom sebelum memasukkannya ke dalam formatted usb flash drive (FAT16 or FAT32) yang telah mempunyai file crisis disk.
CONTOH
361B.BIN
361B.ROM
3610.BIN
3610.ROM
CRISIS.BIN
CRISIS.ROM
CONTOH
[Platform_Check]
flag=2
PlatformName=361B
PlatformName2=3610
Tips Recovery ini boleh digunakan untuk model HP CQ40, C700, DV4t, DV5, DV6 & HDX18T
- Compaq C700 biasanya menggunakan file name IBL80HW.FD
- Compaq CQ-401AX dan model CQ yang lain biasanya menggunakan file name JBL20HW.BIN atau JBL20.BIN atau 30FB.BIN
- HP DV5 lihat sini
- HP DV6-1030us dan model CQ yang lain biasanya menggunakan file name samada 3627.BIN atau 3627.FD
- HP DX18T lihat sini.
Pasang adapter CHARGER serta BATERI pada laptop. Ingat bateri perlu ada untuk mengelakkan masalah putus bekalan kuasa pada laptop.
- Masukkan pendrive yang telah ada file xxxx.BIN
- Tekan dan tahan key Windows dan key B di keyboard Laptop.
- Pasang Charger, key Windows + B jangan di lepas dulu.
- Power-On laptop dengan menekan suis power Laptop
- Tekan key windows dan B sehingga terdengar bunyi “ beep ”, kemudian lepaskan kedua key itu. Laptop secara automatik mengakses BIOS file di Pendrive, korang boleh perasan dengan led Pendrive yang berkelip-kelip.
- Bunyi beep akan terdengar berulang setiap 2 saat, biarkan sahaja, laptop akan Power-Off sendiri secara automatik setelah siap restore / recovery BIOS.
- Sekarang, korang boleh cuba Power-On laptop seperti biasanya dengan menekan suis power button.
- Jika korang masih tak berjaya, sila cuba lagi dan cuba dengan Pendrive yang lain, ingat pendrive mesti kosong untuk memudahkan sistem recovery laptop mencari file BIOS yang akan di restore /recovery.
Jika korang tak berjaya juga, ada cara yang lain yang 100% gerenti success, ialah aku biasanya program balik IC Bios baru secara manual menggunakan
EEPROM Programmer .
Jika berminat nak baiki masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.
0 comments:
Post a Comment