Pages

Thursday, November 10, 2016

BAGAIMANA MENGENAL PASTI KEROSAKAN LAPTOP YANG BERPUNCA DARI HARD DISK

Korang kenal tak macamana rupa hardisk?
Kalau korang guna Laptop atau PC, mesti ada benda ni...
Ada yang masih tak kenal apa itu hardisk? 

APA ITU HARDISK
Hardisk atau singkatannya hdd ini berfungsi sebagai tempat penyimpanan segala jenis data-data contohnya gambar, video, games atau pun application termasuk juga sistem operasi (Windows, Linux, iOS) di Laptop atau PC korang.

Kerosakkan pada hardisk akan menyebabkan Laptop korang tak boleh digunakan.Dan kerosakkan Hardisk ada 2 jenis iaitu 
  1. Kerosakan pada Mechanical Parts (cakera calar, head reader slip, logic board burn).
  2. Kerosakan pada Soft Parts (Boot corrupted, Bad sector).
Kerosakkan Soft Parts (Boot corrupted, Bad sector) biasanya dapat dibaiki tetapi sudah tidak elok untuk digunakan sebagai Hard disk Master bagi sistem operasi kerana kemungkinan untuk rosak lagi adalah tinggi.

Manakala kerosakkan Mechanical Parts pula biasanya tidak dapat dibaiki dan Hardisk tidak dapat digunakan lagi.Biasanya, akan ada bunyi keluar dari Hardisk.

CONTOH BUNYI HARDISK ROSAK MECHANICHAL PARTS

Ada beberapa tanda yang korang boleh pastikan yang Hardisk ada Bad sector serta Problem Mechanical.
  1. Windows loading amat lambat tidak seperti kebiasaan dan aktiviti untuk pemindahan Data amat perlahan dari kebiasaan, masalah ini terjadi walaupun Windows baru di format.
  2. Laptop selalu mengalami masalah Windows BlueScreen Error (BSOD).
  3. Operasi kerja di Windows terasa terlalu lambat seperti terkena virus walaupun telah di format baru.
  4. Data File, gambar atau pun video sering mengalami kerosakkan serta error tidak dapat dibuka.
  5. Hardisk mengeluarkan bunyi seperti cengkerik (krip..krip) atau (klik..klik)
  6. Laptop tak dapat boating dan hanya keluar tanda _ bekelip-kelip di skrin.
  7. Hardisk langsung tak dapat dikesan pada sistem BIOS.
Jika korang ada mengalami masalah seperti yang aku terangkan diatsa, sila buat Backup untuk Data penting ke Storan yang lain sebelum Hardisk failure sepenuhnya.

Dibawah ini ada beberapa Laptop yang bermasalah Hardisk yang pernah aku baiki dan betulkan.


MASALAH ACER ASPIRE 4738 TAK BOLEH POWER-ON MENGGUNAKAN BATERI & HARDISK TAK DAPAT SETUP DI PARTITION WINDOWS 
MASALAH 
Masalah Laptop ACER ASPIRE 4738 ini boleh Power-On, tapi jika mengguna kan bateri sahaja tak boleh pula.

Semasa process nak format windows pula, ia fail untuk setup windows pada partition yang telah dibuat. 

Low level format telah dilakukan dan masalah masih sama, Hardisk di pastikan ada masalah "delay" oleh HDD regenator.Hanya boleh digunakan sebagai secondary storage Hardisk.

MASALAH HP PAVILLION G4 KELUAR HURUF PELIK SEMASA BOOT SERTA TAK DAPAT BOOT WINDOWS
MASALAH 
Masalah Laptop HP PAVILLION G4 ini pula, owner nak downgrade dari Windows 8 ke Windows 7, tapi selepas di format baru, Windows tak dapat boot.
Selepas beberapakali di Format serta Low level, keluar huruf pelik.

Hardisk di pastikan ada masalah "delay" oleh HDD regenator.Hanya boleh digunakan sebagai secondary storage Hardisk.

MASALAH ACER ASPIRE 4530 BERMASALAH BSOD WALAUPUN BARU FORMAT WINDOWS
MASALAH 
Masalah Laptop ACER ASPIRE4530 ini pula, owner mengadu tak boleh boot Windows, bila aku check, Laptop selalu mengalami BlueScreen , format baru juga sama. 

Hardisk di pastikan ada masalah "Bad sector" oleh HDD regenator.Hanya boleh digunakan sebagai secondary storage Hardisk.


 LENOVO IDEAPAD S100 MASALAH FREEZE DI LOGO BIOS & TAK BOLEH BOOT
MASALAH
Masalah Laptop LENOVO IDEAPAD S100 ini boleh Power-On.Tapi FREEZE / HANG masa BIOS POST (Power-On Self Test) hanya cuma paparkan LOGO Lenovo sahaja dan tak boleh boot.


Jika berminat nak baiki  masalah Hardware pada Netbook,Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/Hafizam.

Related Posts by Categories

0 comments:

Post a Comment