Pages

Monday, February 22, 2016

BUANG PASSWORD BIOS ACER ASPIRE 4743


Masalah Laptop ACER ASPIRE 4743 ini, Laptop bermasalah untuk format Windows, ini kerana Laptop minta password Bios dahulu jika ingin mengubah setting 1st boot kepada DVD Rom atau Usb jika ingin masuk dan mengubah sistem bios Laptop ini.Masalahnya owner dah terlupa password bios yang digunakan.

MASALAH
  1. Laptop minta password Bios dahulu jika ingin mengubah setting 1st boot kepada DVD Rom atau Usb di sistem bios
SOLUTION
Biasanya untuk masalah password, ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuangnya, antaranya dengan cabut bateri cmos Netbook atau menggunakan utiliti seperti Master password generator atau guna utiliti crack password berbentuk Dos (biasanya korang boleh jumpa utiliti ini didalam CD Hiren).

Untuk guna password generator korang kena da kod unik yang degenerate oleh laptop selepas menekan  password 3 kali.Tapi kalau tak ada keluar kod tu hanya ada gambar lock kunci, cara ini tak dapat digunakan.

Cara ini, owner telah guna, tetapi password bios tetap tak boleh buang.Ini kerana, kebanyakkan Laptop atau Laptop terkini, menggunakan IC Eeprom yang tetap akan menyimpan memorinya walaupun bekalan kuasa diputuskan.



Jika cara yang disebutkan diatas tak menjadi, untuk reset IC Eeprom ini, ada beberapa cara lain lagi yang boleh digunakan.

Iaitu, Flash atau program balik bios di OS Windows atau dari Dos (sama seperti cara korang upgrade version Bios latest), cara ini memerlukan korang download file Bios model Laptop/Netbook dari website pengilang. Cara ini, hanya boleh digunakan untuk laptop yang masih boleh running dan boot Windows atau masih hidup dan jika laptop korang mengalami Blankscreen, cara ini tidak dapat digunakan.

Cara lain pula adalah, dengan cara menjumper kaki IC Eeprom  untuk men shortkan IC ni supaya password dirosakkan.Tetapi cara ini agak merbahaya kerana biasanya IC Eeprom boleh rosak dan % kejayaan mengunakan cara ini adalah hanya 50%.

Cara yang lain yang 100% gerenti success,  ialah aku biasanya program balik IC Bios baru secara manual menggunakan   EEPROM Programmer .

Jika berminat nak baiki  masalah password bios atau masalah bios corrupted pada Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959/hafizam.




Related Posts by Categories

0 comments:

Post a Comment